Kami Memegang Amanat Anda!!

Peluang Kerjaya
Halaman utama
Peluang Kerjaya
Pendaftaran
Jadual Peperiksaan
Pelan Anda
Hubungi kami
Katalog
Etiqa Medic Save Rider

ERA KEBANGKITAN EKONOMI !!

Program Jutawan Takaful

Anda boleh menjadikan kerjaya Perunding Takaful sebagai kerjaya sepenuh masa atau separuh masa. Pilihan adalah di tangan anda. Tiada apa yang perlu anda bimbangkan. Ianya satu kerjaya yang berpontensi
Pendapatan lumayan kini menanti anda

Apakah Kerjaya Perunding Takaful

Industri Takaful di Negara ini sedang menuju ke kedewasaannya. Dari segi Pemasaran dan jualan, ini bermaksud ianya sedang menuju kearah industri yang sepenuhnya berasaskan perkhidmatan agensi seperti apa yang dialami oleh Negara-negara maju. Untuk itu Negara memerlukan ramai perunding Takaful yang berkelayakan bagi meningkatkan keyakinan dan tahap skim perkhidmatan Takaful

Apakah Potensi Industri Takaful Malaysia?

Sangat baik serta mempunyai ruang yang luas untuk berkembang kerana saiz industri takaful di Malaysia masih kecil. Selain dari itu, kadar penyertaan rakyat Malaysia yang semakin tinggi membolehkan ramai yang berkemampuan untuk menyertai skim perlindungan takaful. Kerajaan juga komited dalam membantu mengembangkan industri ini.


Berapa modal untuk saya menyertai perniagaan ini?

Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar. Sekadar RM48.00 sahaja. Yuran ini adalah untuk tujuan bayaran peperiksaan takaful beserta buku manual peperiksaan. Anda tidak perlu meminjam dari sesiapa pun untuk menjalankan perniagaan ini

Faedah sebagai seorang Usahawan Takaful Keluarga

Ganjaran yang menarik seperti komisyen bulanan yang tinggi, bonus akhir tahun, percutian keluar negara kepada yang layak dan sistem sokongan bersepadu yang hebat akan menjadikan anda lebih baik dari pesaing anda di dalam pasaran Takaful di Malaysia

Selaras dengan hasrat Etiqa Takaful Bhd. untuk mengembangkan perkhidmatan agensi, ganjaran yang sangat menarik menanti anda. Antaranya ialah:

- Komisyen yang tinggi
- Bonus akhir tahun yang menarik
- Intensif berupa peraduan jualan yang hebat dengan hadiah yang menarik
- Anugerah tahunan kepada perunding Takaful
- Pelbagai peraduan dan kempen khas yang diadakan dari masa ke semasa

Faedah-faedah lain

- Melancong percuma
- Kursus Motivasi oleh Pakar Motivasi
- Kursus jualan
- Peluang kenaikan pangkat
- Peluang menyertai pelbagai aktiviti seperti pameran dan seminar


Etiqa Takaful Berhad

Etiqa Takaful Berhad merupakan sebuah syarikat Takaful di bawah kumpulan Mayban Fortis. Aset keseluruhan Mayban Fortis melebihi 15 billion dan menjadikannya syarikat Insuran dan Takaful kedua terbesar di Malaysia pada ketika ini. Mayban Fortis adalah sebuah anak syarikat kumpulan Maybank. Bank yang terkemuka di Malaysia

Di mana saya boleh menjalankan perniagaan ini?

Anda boleh menjalankan perniagaan ini dimana saja. Tidak ada sesiapa yang akan menghalang anda. Kami akan membantu anda sehingga anda berjaya.

Syarat syarat untuk layak mohon

  • Beragama Islam
  • Berusia 23 hingga 45 tahun. Sekiranya anda berusia lebih dari syarat tersebut. Anda perlu meyakinkan pihak pengurusan agensi bahawa anda boleh menjalankan perniagaan ini
  • Lelaki dan wanita
  • Berkelulusan minima SPM. Pemegang Ijazah adalah di alu alukan
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal
  • Sanggup bekerja keras dan mampu berdikari serta berpewatakan menarik


Saya berminat dan ingin terus mendaftar sebagai Usahawan Takaful Keluarga. Bolehkah saya mendaftar secara on line?

Ya, sistem kami membenarkan anda mendaftar secara on line.
Klik disini untuk mendaftarkan diri anda. Anda perlu mengambil peperiksaan sebelum boleh menjalankan perniagaan ini. Sila Klik di ruangan ini untuk pendaftaran peperiksaan dan anda boleh mengambil peperiksaan dimana mana sahaja di Malaysia. Kami akan menghantar Buku dan Slip peperiksaan kepada anda dalam masa 7 hari bekerja.

Kepada yang masih perlukan maklumat hubungi saya:

"Berusaha sehingga berjaya, bukan selagi terdaya"

Enter supporting content here

EtiQa Takaful